Oleh Faisal Mustaffa

Pada sidang April lalu, parlimen telah mengusulkan satu rang undang-undang yang amat penting di dalam memulihara alam sekitar dan bersaing dengan nagara-negara maju.

Akta ini sepatutnya sudah dilaksanakan di Negara kita dari dahulu lagi. Dengan kapasiti bersama sumber dan kepakaran yang sedia ada, kita sepatutnya sudah mendahului Negara-negara jiran kita. Tetapi, akibat daripada kebobrokan politik kerajaan pemerintah pada masa lepas dan yang sedia ada, kita tidak dapat melaksanakannya.

Kerajaan sering melaungkan slogan kosong “Malaysia Boleh” dengan membina Empangan Bakun. Apa sudah berlaku sekarang? Sehingga kini, pihak kerajaan pemerintah, pemaju dan kerajaan negeri Sarawak masih tidak meminta maaf secara terbuka kepada penduduk-penduduk asal di Bakun. Apatah lagi kepada pembayar-pembayar cukai yang terpaksa menanggung kos kegagalan projek tersebut.

Tetapi istilah yang digunakan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air bagi renewable energy ialah tenaga boleh baharu. Bukankah istilah ‘tenaga boleh diperbaharui’ lebih sesuai?
Negara-negara Mendahului

Kerajaan kita sering membanding dengan mengakui bahawa Negara kita lebih baik daripada Negara-negara lain tentang sesuatu perkembangan. Misalnya, dari segi kemiskinan, kerajaan sering membanding dengan Negara-negara mundur. Perbandingan tanda aras sepatutnya diletakkan dengan Negara-negara maju.

Bagi pengeluar Tenaga Boleh Baharu, Negara yang mendahului di dunia seperti berikut:

Bagi Kuasa Angin
1.    Amerika Syarikat – 35,296 MW
2. Germany – 25,777 MW
3. China – 25,104 MW

Bagi Kuasa Hydro
1. China – 179,056 MW
2. Brazil – 81,955 MW
3. Amerika Syarikat – 78,054 MW

Bagi Kuasa Solar (PV)
1. Germany – 6526.00 MW
2. Spain – 5504.76 MW
3. Japan – 2347.00 MW

Bagi Kuasa Solar (CSP)
1. Amerika Syarikat – 900.0 MW
2. Sepanyol- 130.0 MW
3. Australia – 37.0 MW

Bagi Kuasa Geothermal
1. Amerika Syarikat – 3153.0 MW
2. Filipina – 2195.3 MW
3. Indonesia – 1132.0 MW

Bagi Kuasa Biogas
1. Jerman – 3,594 MW
2. United Kingdom – 1,425 MW
3. Amerika Syarikat – 1,047 MW

Bagi Kuasa Biomass
1. Amerika Syarikat – 9,391 MW
2. Jerman – 5,890 MW
3. Sweden – 4,522 MW

Mungkin kita tidak terbanding dengan Negara-negara maju tetapi sekiranya kita lihat dri aspek kuasa geothermal, Filipina dan Indonesia merupakan pengeluar utama di dunia. Kedudukan sumber alam sekitar kita sebenarnya membolehkan kita melaksanakannya, cuma tiada usaha sahaja.

Integrasi kecekapan penyukatan tenaga dan teknologi tenaga boleh baharu penting bagi memastikan kita tidak bergantung kepada minyak fossil, tidak memerlukan kuasa hidro yang besar, kuasa nuklear dan bagi meringankan kesan-kesan perubahan iklim. Sewaktu permintaan bertambah dan pasaran berkembang, harga bagi skala mikro tenaga baharu ini akan berkurangan sehingga menjadikan ianya suatu yang di bidang kemampuan kita.

Kempen Kesedaran

Kita perlu menyedari bahawa kuasa solar bukan murah. Sungguhpun ianya baik untuk bumi, tidak semua dari kita mampu memiliki peralatan solar. Kerajaan tidak mempunyai kesungguhan di dalam menggalakkan kempen kesedaran mengenai penggunaan solar. Sekurang-kurangnya, pihak kementerian perlu memberi insentif kepada pihak-pihak yang menyokong usaha ini dalam aspek pemasangan peraltan-peralatan solar di premis mereka.

Di dalam teori ekonomi bidangan, sekiranya permintaannya meningkat, sudah tentu harga tawarannya akan berkurang.

Kempen kurang beg plastik yang dilancarkan oleh Kementerian Kepenggunaan bermula 1 Januari tahun ini juga saya lihat seperti “melepaskan batuk di tangga”. Tiada kempen dijalankan bagi membawa kesedaran di dalam mengurangkan penggunaan beg plastik. Apa yang lebih terserlah ialah “Kempen 1 Malaysia” yang ternyata untuk menarik undi dan kekal berkuasa. Itu sahaja.
Biomass Sebagai Sumber Tenaga Baharu

Biomass yang dinyatakan di dalam rang undang-undang ini dan kemudiannya akan menjadi sebuah akta sebagai tenaga boleh baharu tidak bermakna tenaga tenaga bersih seperti teknologi-teknologi pengeluaran-sifar seperti angin dan solar. Penggunaan sisa pepejal daripada perbandaran sebagai sumber bahan api yang meluposkan sumber-sumber, yang mana ada dia antaranya dikitar semula atau di kompos dan bertukar menjadi toksik terbuang dan emissi udara toksik.

Kesemua pembakaran biomass atau teknologi-teknologi atau teknologi-teknologi pengegasan membawa pencemaran bagi menghasilkan “tenaga hijau”. Malah, dengan pengawalan pencemaran udara terbaik pun, penghasilan pencemaran dari satu kilang sahaja pun sudah mencukupi untuk menghasilkan bahan-bahan pencemaran berterusan setiap tahun.

Kebanyakan bahan kimia dan bahan asing dijumpai di dalam pengeluaran incinerator dikumpulkan dan ianya dikeluarkan secara berterusan mempunyai keupayaan untuk merosakkan kesihatanorang awam dan persekitaran.

Tidak kira lah berapa canggihnya sebuah incinerator itu, ia tetap akan mengeluarkan sisa-sisa toksik setiap jam oleh pengusahanya. Hasilnya boleh mengeluarkan ratusan jenis barangan yang tidak dibakar sepenuhnya atau Products of Incomplete Combustion (PICs). Kepiawaian pembakaran di incinerator ini adalah berdasarkan apa yang boleh dicapai secara teknikal, bukannya pada satu tahap yang dapat menjaminkan kesihatan awam.

Pencemaran udara mengawal perkakasan yang boleh dipindahkan secara berkesan, toksin daripada udara kepada abu, di mana secara berterusan boleh mencemarkan tanah dan air di mana ianya dilupuskan.

Apa sahaja yang menjana pencemaran di dalam usaha menghasilkan tenaga elektrik tidak sepatutnya dianggap sebagai bersih atau pun tenaga boleh baharu.

Apa yang ingin lebih penting ialah satu keperluan yang memberi definisi jelas mengenai biomass di dalam Rang Undang-undang tersebut. Biomass boleh termasuk bahan buangan dari kayu dan kilang bahan buangan dari pemprosesan binatang yang diproses bagi menghasilkan tenaga elektrik. Ini semua boleh menimbulkan masalah-masalah sama seperti di atas. Lagi pun, bahan-bahan buangan dari perbandaran tidak boleh dianggap sebagai penuaian minyak agro/bio bagi menghasilkan tenaga elektrik.

Hasil-hasil buangan penuaian/pertanian , sekiranya ia dianggap sebagai biomass sepatutnya disebatikan kepada tanah bagi menghasilkan kesuburan tanah, baja dan menggemburkan organisme-organisme sisa di dalam tanah. Sekiranya ia suatu perkara yang tidak praktik dijalankan, penuaian tersebut perlulah dikomposkan atau dikitar semula kepada kertas atau barang-barang lain yang berguna – bukannya dilupuskan di dalam insinerator.

Kos Sosial
Sekiranya kita lihat kos sosial yang pernah dibiayai oleh kerajaan di negara lain atas bencana nuklear, kosnya adalah jauh lebih tinggi daripada apa yang mampu dibiayai oleh Kerajaan Malaysia.
Dalam Bencana Chernobyl di Ukraine, beratus-ratus manusia telah meninggal akibat radiasi. Ini merupakan kesan negatif nuklear yang dialami secara langsung. Ribuan orang yang telah dan akan meninggal kerana barah kerana terkena radiasi. Kawasan Chernobyl kini merupakan zon pengecualian seluas 30km persegi, lebih kurang saiz negeri Melaka.
Bagi pengalaman England, sehingga kini kerajaan mereka masih lagi menyumbang subsidi kepada petani di Wales untuk membunuh anak-anak kambing yang dipelihara di kawasan bukit yang tercemar dengan kesan radioaktif. Paling penting sekali, masih belum ada penyelesaian jangka masa panjang untuk membuang sisa nuclear yang akan terus berbahaya selama beribu-ribu tahun.
Pembinaan tempat pembuangan sisa nuklear di Finland bernama Onkalo menelan belanja RM 12.5billion.
Sisa nuklear perlu diasingkan selama sekurang-kurangnya 100,000 tahun. Saya tidak mempunyai keyakinan bahawa kerajaan dapat menjamin bahawa tempat pembuangan sisa nuclear dapat bertahan begitu lama, tanpa sebarang masalah.

Feed-In-Tariff (FIT) Malaysia Meniru Negara Jerman
Negara-negara Jerman, Sepanyol, Itali dan Korea mewujudkan FIT semata-mata untuk mewujudkan permintaan kepada sistem dan peralatan komponen solar fotovoltaik (PV). Kalau dibandingkan, rang undang-undang ini adalah adaptasi daripada FIT dari Negara Jerman. Malangnya kita hanya meniru, tetapi tidak faham akan perkara yang tersirat.

Di Negara Jerman, bagi menjayakan mekanisma FIT, kerajaan Jerman telah menyediakan peruntukan yang besar untuk membuat kajian dan penyelidikan di bidang komponen dan peralatan yang berkaitan dengan solar PV, biomas, biogas dan hidro. Sebab itulah, hari ini, bila negara kita meniru mekenisma FIT Negara Jerman, kita juga terpaksa mengimpot semua peralatan solar PV dari luar negara yang memenuhi piawaian TUV Jerman.

Perlantikan Pengerusi dan Lembaga Pengarah

Keahlian di dalam Penguatkuasaan yang terdiri darripada:

1 Pengerusi
2-4 wakil dari Kerajaan Pusat
3-5 anggota-anggota lain
1 Ketua Pengarah Eksekutif

Tempohp erkhidmatan mereka ialah dua tahun dan layak untuk dilantik semula sehingga maksimum tiga tahun pada tahun berikutnya.

Persoalannya;
1.    Bagaimanakah perlantikan bagi jawatan-jawatan penting ini dibuat? Adakah juga di bawah nasihat Perdana Menteri?
2.    Bagaimanakan kita dapat memastikan tiada perlantikan berlandaskan kronisme dan nepotisme berlaku?
3.    Sekiranya mereka yang dilantik ini tidak menjalankan tugasnya pada piawai yang ditetapkan oleh pihak Kementerian, adakah kita terpaksa menunggu sehingga tempohnya selama dua tahun itu selesai?
4.    Selain SPRM, apakah badan-badan yang dipertanggungjawabkan untuk memantau pergerakan mereka ini daripada terlibat dalam korupsi?

Gambar lukisan berjudul AIR oleh Alina Abdullah, Akrilik dan Bitumen atas kanvas.